Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mosar Persediaan Hadapi Bencana...

RANAU - Satu pasukan bantuan mencari dan menyelamat di gunung (Mosar) yang berpusat...

Diskaun PTPTN Tidak Diteruskan...

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi tidak bercadang meneruskan pemberian diskaun pembayaran balik pinjaman Perbadanan...

Itik Serati, Ayam Kampung...

PASIR MAS - Itik serati dan ayam kampung salai antara juadah yang mendapat...

Adenan Komited Bawa Agenda...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem adalah seorang pemimpin yang...

Sindiket Tipu Kerja: 4 Remaja Bawah Umur Antara 9 Ditahan

KUALA LUMPUR: Empat remaja bawah umur antara sembilan individu yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan penipuan kerja melalui laman sesawang yang bertopengkan platform e-dagang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Empat remaja termasuk dua perempuan, dua daripadanya berusia 14 tahun dan dua lagi berusia 16 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman di Sungai Besi di sini, Isnin lalu yang dijadikan pusat panggilan sindiket penipuan terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata keseluruhan sembilan individu ditahan dalam serbuan itu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita tempatan serta lima lelaki warga China, berusia antara 14 hingga 40 tahun.

Katanya, kesemua yang ditahan dipercayai berperanan sebagai operator panggilan dan pengurus data di pusat panggilan terbabit.

“Berdasarkan siasatan, sindiket ini disyaki memulakan operasi sekitar Januari 2024 dan mengendalikan platform Lehuigoua yang digunakan sebagai laman web yang menyerupai platform e-dagang.

“Platform ini dipromosikan sebagai tempat yang sah untuk membeli barang atau perkhidmatan namun hakikatnya ia adalah muka hadapan untuk skema penipuan yang lebih besar,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat JSJK di sini, hari ini.

Ramli berkata, mangsa yang disasarkan oleh sindiket ini adalah dalam kalangan rakyat negara China.

“Platform ini mendakwa berkolaborasi dengan platform e-dagang terkenal seperti Taobao, Tmall dan JD.com.

“Melalui skrip komunikasi mereka, sindiket ini mendakwa mangsa-mangsa berpeluang untuk mendapatkan komisen hasil penjualan barangan.


“Mangsa yang berminat bekerja melalui platform ini akan dimasukkan di dalam kumpulan telegram dan segala komunikasi serta arahan diberikan melalui kumpulan tersebut,” katanya.

Tambah Ramli, komisen yang dijanjikan adalah berubah-ubah dari 0.3 peratus hingga 0.6 peratus dengan menabur janji untuk memperoleh pendapatan tinggi sering digunakan sebagai umpan.

“Siasatan setakat ini turut mendapati, sindiket ini mempunyai akses terhadap akaun mangsa di platform tersebut.

“Ini membolehkan mereka mengubah data seperti kredit dan keuntungan serta sering menunjukkan kewujudan transaksi palsu bagi menarik kepercayaan mangsa,” katanya.

Selain tangkapan, katanya polis turut merampas lapan telefon bimbit, empat komputer riba, lima set komputer, satu rangkai anak kunci berserta kad akses, satu set skrip perbualan, satu router dan satu bagasi.

Ramli berkata, siasatan mendapati empat remaja yang ditahan itu tidak lagi bersekolah dan menerima upah RM3,500 sebulan daripada pihak sindiket sebagai operator panggilan.

“Mereka sudah dibebaskan dengan jaminan dan akan dijadikan saksi pendakwaan. Lima suspek ditahan kini direman sehingga 26 Julai ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori