Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

10 Perkara Yang Tidak...

YANG menarik di mata wanita, tak semestinya cantik di mata lelaki dan begitu...

Mahathir Yang Tawar Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terlebih dahulu...

Suspek Kes Tikam Guru...

KUALA LUMPUR - Polis menahan suspek utama kes tikam seorang guru wanita Sekolah...

7,982 Tanggung Beban Beli...

KANGAR - Sebanyak 7,982 petani yang mengusahakan sawah seluas 12,033 hektar di luar...

Tiada Kerjasama UMNO Selagi Hadi Awang Presiden PAS

KUALA KANGSAR – UMNO membayangkan tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengalaman bekerjasama dengan parti itu sebelum ini menyebabkan keputusan tersebut diambil.

Menurutnya, banyak keputusan bersama yang dibuat sebelum ini di antara kedua-dua parti dikhianati oleh Pas.

“Pas ini membohong daripada dulu sampai sekarang. Saya ini saksi hidup bincang empat mata dengan Hadi Awang. Sewaktu berdepan kita setuju, tetapi esok tukar, tidak setuju.

“Jangan percayalah, selagi orang itu jadi presiden. Jangan harap kita hendak bekerjasama dengan parti yang menunggang Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar 2024 di Dewan Jubli Perak di sini pada Isnin.

Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Azian Osman dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman.


Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengakui bahawa rakan-rakan dari parti Pakatan Harapan (PH) ikhlas bekerjasama sama ada di dalam kerajaan mahupun gerak kerja politik.

Menurutnya, ia dapat dilihat menerusi kerjasama dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK).

Malah katanya, ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan di Perak, biarpun Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi PH mahu Menteri Besar dipilih dalam kalangan pemimpin BN.

Jelas Ahmad Zahid begitu juga situasi yang berlaku di Pahang apabila PH turut sedia menerima Menteri Besar daripada BN.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori