ISTANBUL – Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, Turkiye berkemungkinan akan memasuki Israel seperti yang dilakukan pada masa lalu di Libya dan Nagorno-Karabakh, walaupun beliau tidak menyatakan jenis campur tangan yang dicadangkan.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Presiden Turkiye itu menjadi pengkritik sengit perang Israel ke atas Gaza mengeluarkan kenyataan itu semasa berucap memuji industri pertahanan negaranya.
“Kita mesti kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal ini kepada Palestin.
“Sama seperti kami memasuki Karabakh, sama seperti kami memasuki Libya, kami mungkin melakukan perkara yang serupa dengan mereka,” kata Erdogan pada mesyuarat Parti AK yang memerintah di kampung halamannya di Rize.
“Tiada sebab mengapa kita tidak boleh melakukan ini… kita mesti kuat supaya kita boleh mengambil langkah-langkah ini,” tambah Erdogan dalam pertemuan itu, yang disiarkan di televisyen.
Pada 2020, Turkiye menghantar anggota tenteranya ke Libya untuk menyokong Kerajaan Persetujuan Nasional Libya yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perdana Menteri Libya, Abdul Hamid Dbeibah yang mengetuai Kerajaan Perpaduan Nasional di Tripoli disokong oleh Turkiye.
Turkiye telah menafikan sebarang peranannya secara langsung dalam operasi ketenteraan Azerbaijan di Nagorno-Karabakh, tetapi pada tahun lalu berkata, negara itu menggunakan “semua cara” termasuk latihan ketenteraan dan pemodenan untuk menyokong sekutu rapatnya.
-Al Jazeera
Wonderful beat I wish to apprentice while you amend your web site how could i subscribe for a blog web site The account aided me a acceptable deal I had been a little bit acquainted of this your broadcast provided bright clear idea