Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengundi Lebih Muda Pada...

PUTRAJAYA - Kabinet hari ini bersetuju menurunkan had umur layak mengundi daripada 21...

Polis Selamatkan 100 Mangsa...

Kuala Lumpur - Seramai 100 wanita warga asing yang dipercayai mangsa eksplotasi seks...

Gadis Tak Sangka Wanita...

BETULLAH orang cakap, zaman sekarang ini jangan mudah menilai orang hanya berdasarkan penampilan...

4 Sekeluarga Ditahan, Heroin...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan empat sekeluarga dan merampas 109 botol mengandungi...

Unit Skuba Tiba Di Sungai Trolak, Cari Bukti Kes Pembunuhan Nur Farah Kartini

Tanjung Malim : Sepasukan lima anggota Unit Skuba Forensik Bukit Aman dilihat tiba di Sungai Trolak Kampung Batu, di sini, bagi meneruskan pencarian bahan bukti kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mereka tiba di lokasi pada jam 11.15 pagi dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Tinjauan mendapati keadaan air di Sungai Trolak deras, selain warnanya keruh dipercayai hujan awal pagi tadi.

Pada masa sama, lebih 10 petugas media mula berkumpul di lokasi kejadian pada 9 pagi.

Semalam, media melaporkan beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini, 25 ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berhubung penemuan bahan bukti itu.


Hussein berkata, operasi itu bagi mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis ditahan pada hari sama.

Suspek direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori