Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

“Syed Saddiq Malu Nak...

KAJANG - Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang lebih dikenali...

Ketua NGO Dalam Senarai...

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan gambaran tepat dan akan menyemak fakta berkaitan...

Penjawat Awam Kelantan Terima...

KOTA BHARU - Seramai 6,854 kakitangan awam di Kelantan akan turut menerima bantuan khas...

Letupan Bom Di Penjara...

YANGON : Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam letupan yang berlaku di sebuah penjara...

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini belum menerima laporan berkaitan kes penipuan yang membabitkan teknologi kecerdasan buatan (AI).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya belum menerima laporan membabitkan taktik seumpama itu, namun orang ramai dinasihatkan untuk tampil sekiranya menjadi mangsa.

“Kita mendapati orang ramai mudah terperdaya taktik ‘deepfake’ dihasilkan dengan teknologi AI, terutama membabitkan individu berpengaruh seperti ahli politik, ahli perniagaan dan selebriti.

“Taktik ini boleh beransur kepada kegiatan jenayah komersial, sebagai contoh video kononnya individu yang berpengaruh menggalakkan mangsa untuk melabur menerusi skim tidak wujud,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum ini, Ramli dilaporkan berkata, perkembangan teknologi AI yang sangat drastik dan ia boleh disalahgunakan.


Kecanggihan teknologi itu boleh disalahgunakan bagi tujuan jenayah, seperti berkaitan mata wang kripto, macau scam, ransomware dan penipuan pelaburan.

Pada Isnin, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menasihati orang ramai untuk berwaspada dengan taktik penipuan deepfake yang dihasilkan dengan teknologi AI selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi mangsa taktik terbabit.

Pada Ahad, penyanyi nombor satu negara itu dilapor mendedahkan, taktik digunakan scammer yang dipercayai menggunakan teknologi AI bagi meniru suara dan wajahnya demi mengaut keuntungan.

-Sinar Harian

3 KOMEN

  1. I loved as much as youll receive carried out right here The sketch is attractive your authored material stylish nonetheless you command get bought an nervousness over that you wish be delivering the following unwell unquestionably come more formerly again as exactly the same nearly a lot often inside case you shield this hike

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori