Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gila…Muatnaik Gambar Tuala Wanita...

GILA, hilang akal, jijik atau tidak siuman. Pilih mana satu daripada gelaran berkenaan...

Liga Hoki Dunia: Argentina...

KUALA LUMPUR - Malaysia tewas kepada pasukan gergasi hoki dunia, Argentina 2-5 pada...

SPRM Tahan 3 Guru...

PELABUHAN KLANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga guru lelaki termasuk...

MCA Bukan Rasis Macam...

PONTIAN - MCA mempunyai kelainan sedikit berbanding parti lain yang kononnya mewakili masyarakat...

19 Individu Terperangkap Di Risda Eco Park Diselamatkan Hari Ini

Sembilan belas individu yang terperangkap akibat kejadian kepala air di pusat peranginan Risda Eco Park Resort di Kampung Ulu Slim, Tanjung Malim, akan diselamatkan hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak Azizi Mat Aris berkata operasi menyelamat mangsa yang terdiri daripada pengunjung dan kakitangan pusat peranginan itu akan dilaksanakan setelah air sungai surut.

“Akibat jambatan runtuh dan terputus hubungan, polis hanya ada satu akses sahaja dan penyelamat akan cari kaedah selain bot untuk menyelamatkan mereka, dijangka hari ini.

“…dan mereka akan ditempatkan di PPS (pusat pemindahan sementara),” katanya selepas meninjau kawasan jambatan Slim Village runtuh akibat kejadian kepala air malam tadi.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir.

Ratusan penduduk terperangkap susulan hujan lebat berterusan di daerah Tanjung Malim sejak petang semalam yang menyebabkan banjir dan kejadian kepala air.

Keadaan itu juga mengakibatkan tiga jambatan runtuh termasuk Jambatan Slim Village selain sebuah muka sauk loji rawatan air pecah.


Kejadian itu juga menyebabkan jambatan yang menghubungkan Risda Eco Park dengan jalan utama runtuh sehingga pasukan penyelamat tidak dapat memasuki kawasan berkenaan.

Bagaimanapun Azizi berkata kesemua yang terperangkap di pusat peranginan itu berada dalam keadaan selamat.

“Kita ada berkomunikasi dengan mereka melalui telefon, cuma difahamkan bekalan elektrik terputus di sana,” katanya.

Sementara itu, seramai 175 mangsa daripada 42 keluarga berjaya diselamatkan oleh pasukan keselamatan dalam operasi sejak petang semalam hingga awal pagi tadi.

Kesemua mereka ditempatkan di dua PPS iaitu PPS Masjid Kg Pasir dan PPS Masjid Jamek Slim Village.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori