Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rumah ‘Hobbit’ Berdiri Teguh...

PASIR PUTEH - Nampak memang pelik tapi itulah hakikatnya apabila terdapat sebuah rumah...

Mayat Korban Keenam Mangsa...

KUANTAN - Mayat remaja perempuan mangsa bot terbalik di Sungai Jelai, Lipis, Isnin lepas, ditemukan...

COVID-19 Dijangka Berakhir Pada...

GUANGZHOU - Penelitian terbaru dikendalikan pasukan perubatan menjangkakan penularan wabak coronavirus (COVID-19) bakal...

Kualiti Hidup Masyarakat Orang...

KLUANG - Kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli dilihat semakin meningkat sehingga menyaksikan masyarakat...

2 Anggota Polis Ditahan Disyaki Memeras Ugut

Kuala Lumpur : Dua anggota polis ditahan selepas disyaki memeras ugut penghantar makanan di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dekat Bandar Puteri, Klang, Selangor, pada Selasa lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika lelaki itu yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan menghantar makanan pelanggan.

Difahamkan, dia ditahan dua anggota peronda untuk pemeriksaan dan mendapati cukai jalan motosikalnya tamat tempoh lalu diminta menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,000.

Bagaimanapun, lelaki itu dikatakan tidak mempunyai jumlah wang seperti diminta lalu anggota terbabit didakwa mengambil jam tangan serta wang tunai miliknya berjumlah RM90.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan menerima laporan kes itu berkata, dua anggota terbabit sudah ditahan.


“Dua anggota peronda itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori