Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

AIA Public Takaful Sokong...

KUALA LUMPUR - AIA Public Takaful Bhd (AIA Public) mengumumkan sokongannya terhadap program...

Chikungunya Merebak Ke Amerika...

SANTO DOMINGO, Dominica – Nyamuk pembawa virus chikungunya yang baru dikesan di benua...

Aksem Perlis Rampas Rokok,...

KANGAR - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) negeri ini merampas sebanyak 7,659 karton...

“Dego Ride Jangan Cabar...

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran kepada syarikat...

3 Maut, 5 Cedera Parah Dalam Serangan Bersenjatakan Pisau Di Jerman

BERLIN – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan bersenjatakan pisau di bandar Solingen, barat Jerman, lapor Agensi Anadolu (AA).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jurucakap polis, Alexander Kresta berkata, seorang lelaki telah menikam orang ramai secara rambang semasa festival muzik di pusat bandar dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Beliau berkata, pihak polis sedang menemu bual saksi dan mengumpul maklumat untuk mengenal pasti suspek.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam serangan itu, manakala lima lagi cedera parah dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan.


Menurut laporan akhbar Bild, suspek dengan sengaja menikam mangsa di bahagian leher. “Penyiasat kini mengklasifikasikan jenayah ini sebagai serangan pengganas,” lapor akhbar itu.

Polis Solingen telah meminta orang ramai untuk mengelakkan pusat bandar semasa operasi berlangsung.

-Bernama/Anadolu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori