Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerjasama KKM-UM Gandakan Pakar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan Universiti Malaya (UM) untuk menggandakan pakar...

TPM Terima Kunjungan Hormat...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Lelaki Dibebaskan Selepas 25...

SEORANG lelaki dari Amerika Syarikat, Darryl Pinkins, 63, yang tersilap dipenjarakan selama 25...

Nazim Enggan Dedah Privasi...

PELAKON, Nazim Othman mengakui kini tidak mahu lagi berkongsi perkembangan peribadi terutama mengenai...

41 Rakyat Palestin Cedera Selamat Tiba Di Malaysia

Shah Alam : Dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pesawat pengangkut Airbus A-400M itu mendarat kira-kira 2 petang dan 2.15 petang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menyambut ketibaan rakyat Palestin.

Mohamed Khaled berkata, semua rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia seramai 127 orang, terdiri daripada 41 pesakit rakyat Palestin dan diiringi oleh 86 waris.

“Antara mereka adalah kanak-kanak, remaja dan dewasa yang mana sudah melalui proses dokumentasi menerusi Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya.


Semua rakyat Palestin itu menerima rawatan awal di Hospital Medan di pangkalan berkenaan.

Tinjauan mendapati rata-rata rakyat Palestin dilihat ceria sejurus tiba dan menerima rawatan di Hospital Medan.

Pada 4 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pidato dalam acara kemuncak pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori