Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harga Petrol RON97 Kekal...

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 kekal pada harga RM2.49 seliter bagi...

Mahathir Enggan Ulas Isu...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri hari ini enggan mengulas ketika ditanya wartawan sama ada...

Lelaki Hilang Di Pontian...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut...

Pencen Dihapuskan: KJ Harap...

BEKAS Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin beranggapan berita tidak benar tentang pemansuhan...

45  Guru Jadi Mangsa Jenayah Komersial, Rugi RM1.2 Juta

Kuantan : Sebanyak 45 kes jenayah komersial dengan nilai kerugian RM1.2 juta direkodkan membabitkan mangsa dalam kalangan guru di Pahang bagi tempoh Januari hingga Julai lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berbanding bagi tempoh sama tahun lalu, sejumlah 61 kes membabitkan kerugian RM1.45 juta.

Katanya, berdasarkan laporan, kebanyakan penipuan yang dilakukan ialah membabitkan kes pelaburan dan pembelian barang tidak wujud serta `Macau Scam’.

“Walaupun data ini menunjukkan penurunan membabitkan kes tipu dalam kalangan guru tetapi kes seumpama ini masih belum reda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Seminar Cakna Anti-Scam (Kenapa Terus Jadi Mangsa) peringkat Pahang 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan di sini, hari ini.


Mengulas penganjuran seminar antara Polis Diraja malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Yahaya berkata, seminar itu diadakan untuk memastikan guru dapat mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan daripada berleluasa.

Katanya, pada masa sama, seminar itu juga dapat bertukar pendapat sekali gus mencegah dan mengurangkan kes daripada terus berlaku.

“Pada masa sama, seminar ini juga akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kes penipuan dapat dielakkan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori