Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JPJ Kaji Daftar Lori...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mewajibkan semua lori hantu didaftarkan selain...

Sebabkan Kematian Danial, Nasib...

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 7 Disember bagi menjatuhkan hukuman terhadap...

Guan Eng Terima RM200,000...

KUALA LUMPUR – Seorang kontraktor memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, beliau memberikan wang...

Kanak-Kanak Korban Pertama Banjir...

KOTA BARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan menjadi mangsa korban pertama...

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

Putrajaya : Masalah berat badan berlebihan atau obesiti membelenggu 50 peratus penjawat awam di Putrajaya, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Oleh demikian, beliau berkata, penjawat awam begitu digalakkan untuk menjalankan pelbagai aktiviti sihat sebagai usaha memperoleh tahap kesihatan yang lebih baik.

“Saya dimaklumkan bahawa 50 peratus obesiti dalam kalangan penjawat awam khususnya di Putrajaya.

“Jadi adalah penting untuk mereka ini terbabit dalam aktiviti sihat termasuk acara larian seperti hari ini, yang amat kita galakkan,” katanya selepas menyertai program Car Free Day (CFD) di sini hari ini.

Program berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Mohd Zuki berkata, program sihat membabitkan larian pada hujung minggu akan diteruskan di setiap kementerian, agensi-agensi kerajaan di seluruh negara selepas ini.

“Larian sebegini sebagai satu bukti untuk kita menggalakan budaya sihat dikalangan penjawat awam khususnya,” katanya.

Ditanya mengenai program kemerdekaan, Mohd Zuki berkata, agensi kerajaan ketika ini sudah bersedia meraikan bulan itu selepas penganjuran kempen kibar jalur gemilang oleh Perdana Menteri, minggu lalu.


“Semua pihak sudah mengambil inisiatif untuk mengibarkan jalur gemilang malah mengatur pelbagai program sempena bulan kemerdekaan seperti acara patriotik dan membaca puisi. Kita jangkakan ia akan ‘peek’ menjelang 31 Ogos ini,” katanya.

CFD yang dirasmikan oleh Fadillah, hari ini turut menganjurkan Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang membabitkan lebih 1,500 penjawat awam dan keluarga.

CFD yang dirasmikan oleh Fadillah, hari ini turut menganjurkan Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang membabitkan lebih 1,500 penjawat awam dan keluarga.

Program CFD yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) akan diadakan pada minggu keempat pada setiap bulan,serta diadakan semula selepas enam tahun penganjuran.

Ia dilakukan untuk memberi peluang kepada penduduk sekitar menjalankan pelbagai aktiviti riadah sihat seperti berjalan kaki dan menaiki basikal.

Sepanjang tempoh CFD, penutupan penuh akan dijalankan di Dataran Putrajaya, bermula di Persimpangan Menara Prisma ke Persimpangan Menara Tulus.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori