Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan PH Perlu Segera...

SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus segera melaksanakan dasar rangsangan fiskal...

Janna Nick Tak Peduli...

PETALING JAYA - Pelakon dan penyanyi Janna Nick berkata dia tidak ambil peduli...

Anjung Singgah Beri Nafas...

GEORGE TOWN - Anjung Singgah telah membuka lembaran baharu bagi golongan gelandangan di...

Banjir Di Perak Beransur...

Ipoh : Keadaan banjir di Perak semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada...

6 Keldai Akaun Ditahan Sebabkan Kerugian Lebih RM100,000

Balik Pulau : Polis menahan enam lelaki dipercayai keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan beberapa mangsa kerugian RM100,815.14 dalam kejadian berasingan baru-baru ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata kesemuanya yang berusia 30 hingga 58 tahun ditahan di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang pada semalam dan Ahad lalu.

“Dalam kes pertama di sini, polis menahan lelaki berusia 38 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan membabitkan pelaburan tidak wujud dalam talian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank yang berbeza termasuk milik suspek membabitkan jumlah keseluruhan RM45,585,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata penahanan kedua membabitkan lelaki berusia 58 tahun dipercayai keldai akuan kepada sindiket penipuan “phone scam” iaitu menyamar sebagai pihak penghantaran barang dan pegawai polis melibatkan kes di Bayan Lepas.

Kamarul Rizal berkata berdasarkan laporan polis, mangsa mendakwa dihubungi sebuah syarikat penghantaran barang memaklumkan barang pos atas namanya mengandungi barang salah iaitu buku cek dan token bank milik orang lain.


Beliau berkata mangsa kemudian diarah menghubungi nombor telefon diberikan untuk membuat laporan polis.

“Mangsa berurusan dengan ‘pegawai polis’ yang memintanya membuat pembayaran sekiranya mahu menyelesaikan kes itu dan mengelak ditahan. Mangsa kemudian membuat beberapa transaksi dalam talian ke akaun bank diberikan membabitkan RM20,400,” katanya.

Kamarul Rizal berkata empat lagi lelaki ditahan kerana dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan membabitkan dua kes pinjaman tidak wujud serta masing-masing satu kes pelaburan tidak wujud dan sewa rumah tidak wujud membabitkan kerugian antara RM750 hingga RM12,084.

Kesemua enam lelaki itu, katanya kini direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori