Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perkahwinan Romie, Liyana Bakal...

PERGOLAKAN rumah tangga bekas kekasih Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd Jais, bakal...

Undang- Undang Tak Merendahkan...

KUCHING - Tidak ada undang-undang yang merendahkan kedudukan wanita di Sarawak, namun masih...

Ibu Harap Acap Dijumpai...

IPOH - Biarpun esok genap sebulan Mohammad Ashraf Hassan, 29, hilang semasa menyertai...

1 Pusat Pemindahan Sementara...

MELAKA - Satu pusat pemindahan sementara ditutup manakala dua lagi pusat masih dibuka...

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi ‘Superman’ ketika menunggang motosikal dicekup Skuad 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri dalam Op Samseng Jalanan, Isnin lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam operasi di sepanjang Jalan Lebuh Ismail Sultan dan Lebuhraya Link Kedua itu, polis turut mendapati, mereka yang ditahan turut bersaing sesama sendiri dalam keadaan membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya sering menerima aduan daripada orang awam berkaitan dengan aktiviti lumba haram di lokasi itu.

“Hasil pemerhatian yang dibuat oleh Skuad 42, kita mendapati jalan ini masih digunakan oleh kumpulan mat rempit untuk berlumba secara haram.

“Oleh itu, kita berjaya menahan lapan mat rempit lelaki termasuk seorang pembonceng wanita yang mana mereka ditahan kerana melakukan aksi menunggang secara melulu, menundukkan kepala selari dengan meter serta melunjurkan kedua-dua kaki ke belakang.


“Mereka turut bersaing sesama sendiri dengan membuat aksi zig-zag yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Kumarasan berkata, semua tangkapan adalah warga tempatan yang berusia 17 hingga 28 tahun.

Beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan dua saman terhadap penunggang yang tidak mempunyai lesen serta lapan motosikal disita.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Αkta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori