Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Izreen Azminda Akui Rela...

UNGKAPAN 'wanita mana yang rela dimadukan' mungkin sudah tidak sesuai digunakan. Hal ini kerana...

Juruteknik, Pemandu Teksi Didakwa...

KUALA KANGSAR - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Selasa,...

“Rupa-rupanya Saya Salah…” –...

PELAWAK Shuk (Balas) mengakui pernah terfikir karier seninya tidak akan berkembang apabila dia...

Tunjuk Kemaluan, Penjaga Stor...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menunjukkan kemaluan kepada seorang remaja perempuan, seorang penjaga stor...

Banjir: Jambatan Bailey Ganti Sementara Jambatan Lama Sungai Slim

Tanjung Malim : Sebuah jambatan Bailey akan dibina menggantikan sementara Jambatan Lama Sungai Slim (Slim Village) di Jalan Slim River-Behrang Hulu yang runtuh akibat pergerakan kepala air, petang semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pembinaan jambatan itu dijangka dimulakan hari ini dan dijangka siap dalam masa lima hari.

“Jambatan ini di bawah selenggaraan JKR (Jabatan Kerja Raya), pembinaan jambatan Bailey buat sementara waktu dipertimbangkan bagi menghubungkan laluan yang terputus.

“Manakala dua buah jambatan lagi yang yang turut runtuh, adalah jambatan jalan kampung iaitu Jambatan Kampung Pasir dan Jambatan Kampung Sungai Muda menghubungkan Kampung Piong,” katanya ketika meninjau jambatan lama Sungai Slim di sini hari ini.

Saarani berkata struktur konkrit pada jambatan sepanjang 77 meter dan lebar 7.5 meter yang menghubungkan pekan Slim Village ke Bandar Slim River serta Bandar Behrang, mengalami kegagalan disebabkan tidak dapat menahan tekanan daripada serpihan kayu yang hanyut bersama aliran air banjir.


Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui jalan itu sentiasa terjamin, laluan tersebut ditutup untuk sementara.

Saarani berkata JKR juga akan melaksanakan pengurusan traffik seperti sistem papan tanda, sekatan dan lain-lain peralatan, sebagai amaran awal bahawa kawasan tersebut ditutup untuk sementara.

Pada kejadian kira-kira 6.45 petang semalam, hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Muallim dinaiki air berserta kejadian kepala air mengakibatkan ratusan penduduk terperangkap.

Setakat pagi ini, 175 mangsa daripada 42 keluarga diselamatkan dan ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), sementara 19 lagi mangsa di Risda Eco Park masih belum diselamatkan akibat jambatan berhampiran runtuh.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori