Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRU15: [RASMI] Ahmad Fadhli...

PASIR MAS – Calon Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaary menang besar di...

4 Pelabur Strategik Disenarai...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyenarai pendek empat pelabur strategik bagi membentuk sinergi diperlukan...

Jerusalem’s Jubilee: Pemuda UMNO...

KUALA LUMPUR - Berikutan penganjuran program Jerusalem Jubilee di Melaka pada 15 hingga...

AMK Tak Iktiraf ‘Mesyuarat’...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak mengiktiraf ‘mesyuarat’ yang dilakukan Timbalan...

Bayi Patah Peha Kiri: Polis Sedang Lengkapkan Siasatan

JOHOR BAHRU : Polis masih dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang pengasuh disyaki mendera bayi dua bulan sehingga patah peha kiri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata sebaik selesai, kertas siasatan terbabit akan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya.

“Kertas siasatan masih ada pada (di peringkat) pegawai penyiasat untuk melengkapkan siasatan.

“Sementara suspek iaitu wanita berusia 36 tahun dibebaskan dengan jaminan polis Rabu lalu, selepas tempoh reman keseluruhan sembilan hari tamat,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, ibu bayi berkenaan meluahkan kekecewaannya di media sosial selepas menyedari sesuatu yang tidak kena pada anaknya selepas diambil daripada rumah pengasuh di Bandar Dato’ Onn di sini.


Bayi berkenaan dikatakan sentiasa menangis terutamanya ketika menukar lampin pakai buang, selain enggan minum susu.

Pasangan itu membawa anaknya ke hospital sebelum imbasan x-ray mendapati bahagian peha bayi itu patah.

Ibu bayi itu kemudian membuat laporan polis pada 21 Julai lalu sebelum pengasuh terbabit ditahan sehari selepas itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori