Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Belum Ada Pemimpin UMNO...

PUTRAJAYA — Tiada bekas pemimpin UMNO yang menyertai Pakatan Harapan (PH) setakat ini,...

U Mobile Pertingkat Pelan...

KUALA LUMPUR - U Mobile meningkatkan pelan pasca bayaran Hero dengan menawarkan pelan...

Mahathir Nafi Tangguh Cadangan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menafikan bahawa cadangan...

Anak Ke-14 Juga Lelaki...

TIGA belas anak lelaki dan kini pasangan suami isteri ini mempunyai anak yang...

BN Akan Letak Calon Dalam PRK Mahkota – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR : Calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan diwakili Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau yang juga Pengerusi BN, berkata pihaknya akan bersiap siaga untuk menghadapi PRK itu yang dijadualkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September depan.

Katanya, oleh kerana kerusi terbabit diperuntukkan kepada BN, parti itu akan mengadakan perbincangan Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan membawa keputusan ke dalam mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan.

“Kita tahu DUN Mahkota adalah kawasan yang agak berpotensi untuk terus kita menang dan tentunya kita mahu koordinasi dilakukan dengan semua parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan.


“Lazimnya, persefahaman yang menjadi formula Kerajaan Perpaduan ialah kerusi-kerusi yang diwakili oleh mana parti dalam Kerajaan Perpaduan itu harus diserahkan atau ditandingi semula oleh parti berkenaan.

“Jadi saya tidak mahu kenyataan-kenyataan dikeluarkan mana-mana pemimpin besar atau kecil, menuntut mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu untuk dituntut atau mengeluarkan kenyataan yang akhirnya menimbulkan persepsi yang sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (SE-MPUPK) Bilangan 3 Tahun 2024 di sini, hari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori