Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemimpin PH Rakus, Angkuh...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digesa bertanya...

Bapa Saudara Kanak-Kanak Mangsa...

KOTA BHARU - Dua orang bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan yang dipercayai didera...

Hari Kebangsaan Disambut Penuh...

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 dimeriahkan dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum...

Pelajar Bakar Mercun Di...

SHAH ALAM - Seorang pelajar ditahan selepas disyaki membakar dan meletupkan dua biji...

Datuk Seri Palsu: Polis Rakam Keterangan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Telco

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi yang didakwa menggunakan gelaran Datuk Seri palsu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, individu itu telah tampil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan pada Rabu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan ke atas individu berkenaan. Perbuatan menggunakan gelaran kebesaran tanpa melalui proses yang sah adalah satu kesalahan, perkara ini diambil serius oleh Istana Pahang,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ramli berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.


Pada Rabu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dilaporkan berkata, siasatan sedang dijalankan dan beberapa individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan berkaitan kes tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Pahang iaitu Amir Syaffiq Hamzah mengesahkan bahawa laporan itu dibuat pada 26 Julai lalu.

Beliau berkata, semakan mendapati individu terbabit belum dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP).

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori