Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

15 Wanita Warga Asing...

ALOR SETAR - Seramai 15 wanita warga asing ditahan Imigresen Kedah dalam Op...

Perhimpunan Agung MIC Ke-68...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung MIC Ke-68, yang akan diadakan di Pusat Dagangan...

Power Ranger ‘Merah’ Ditahan...

CALIFORNIA – Bekas pelakon siri Power Ranger yang memegang watak Red Ranger ditahan selepas...

2 Rakan Didakwa Rompak...

KUALA LUMPUR - Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, di...

Deposit MADANI Untuk Pembeli Rumah Pertama Dimasukkan Dalam Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR : Inisiatif deposit MADANI sehingga RM30,000 untuk pembeli rumah pertama antara cadangan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang melaksanakan pemberian deposit itu selaras dengan dasar kerajaan ‘Rumahku, Syurgaku’.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata inisiatif itu bertujuan meringankan bayaran bulanan pembeli rumah pertama terutama golongan belia dalam kalangan B40 dan M40 serta merealisasikan aspirasi kementerian agar setiap rakyat memiliki tempat tinggal.

“Selain itu, kementerian mengemuka 32 cadangan bernilai hampir RM1 bilion kepada Kementerian Kewangan bagi Inisiatif Belanjawan 2025 untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat selaras transformasi digital dan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Menurut Kor Ming, cadangan termasuk pembangunan 100 Taman Rekreasi MADANI, transformasi kolam takungan, perjanjian jual-beli kediaman secara elektronik dengan E-stamping.

Katanya, kementerian itu menyasar untuk membangun 100 buah Taman Rekreasi MADANI yang dilengkapi dengan peralatan sukan dan trek joging di kawasan perumahan supaya rakyat menjadikan taman itu tempat beriadah sekeluarga serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Tahun ini, beliau berkata, kementerian itu melaksanakan 12 inisiatif Belanjawan, iaitu 10 daripada 12 inisiatif berjaya mencapai melebihi 80 peratus daripada sasaran dalam tempoh enam bulan.


“Antara inisiatif yang berjaya termasuk pemasangan 12,336 lampu jalan LED di kawasan pihak berkuasa tempatan dan menaik taraf 882 tandas awam,” katanya.

Mengenai projek terbengkalai, Kor Ming menjelaskan kementerian itu memulihkan 704 buah projek sakit dengan nilai kasar RM58.94 billion sejak Januari 2023 sekali gus membantu lebih 65,000 orang pembeli rumah memiliki kediaman.

“Kami menyasarkan supaya tiada lagi projek perumahan terbengkalai menjelang tahun 2030. Kementerian akan meminda undang-undang supaya pemaju perumahan yang disabit kesalahan melakukan penipuan tidak akan dibenarkan keluar negara.”

“Kami juga akan mewujudkan akaun ‘escrow’. Maksudnya, semua wang yang dibayar oleh pembeli akan digunakan khusus untuk projek itu sahaja. Kini tanpa akaun escrow, pemaju boleh memindahkan wang dari projek A ke projek B sehingga projek A menjadi projek terbengkalai.

“Selepas pindaan ini, perkara sedemikian tidak akan dibenarkan lagi,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori