Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bajet Selangor Banyak Retorik...

SHAH ALAM - Bajet Selangor 2017 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed...

Polis Tahan 8 Wanita...

KOTA KINABALU - Lapan wanita warga China dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran ditahan dalam...

Adira Akui Hubungi Ruhainies...

BELUM pun sampai setahun hubungan rumah tangga penyanyi Adira dan Datuk Seri Adnan...

Bubur Anak Lebah Warisan...

IPOH - Hidangan bubur lambuk sudah tidak asing lagi setiap kali bulan Ramadan...

‘Drama’ Penahanan Warga Asing Di Jalan Changkat

Kuala Lumpur : Seorang lelaki kulit putih terpaksa ‘berjanji temu’ dengan kekasihnya di balai polis selepas dia ditahan kerana mengganggu tugas polis ketika Ops Pintas Wakanda di Jalan Changkat, di sini awal pagi hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lelaki berusia 40-an itu pada mulanya nampak faham dan menerima penjelasan daripada polis yang membuat pemeriksaan dan berlalu pergi, namun dia berpatah balik dan cuba ‘menyelamatkan’ teman wanita warga Nigeria yang ditahan atas kesalahan imigresen.

Pegawai operasi dari Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman cuba menjelaskan apa yang berlaku namun ‘mat salih’ itu terus berdegil lalu turut ditahan.

Itu antara drama yang terjadi ketika pemeriksaan Ops Pintas Wakanda di tiga kelab malam yang terletak di lokasi tumpuan warga asing berhibur di sepanjang jalan Changkat, di sini 1.30 pagi tadi.

Operasi itu diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Soffian Santong.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, seramai 41 individu pelbagai kewarganegaraan ditahan kerana melanggar pelbagai kesalahan.


Menurutnya, pasukan operasi turut berjaya menyelamatkan seorang wanita Nigeria berusia 28 tahun dipercayai menjadi mangsa eksploitasi manusia.

“Polis menahan 39 individu dari benua Afrika serta dua lelaki Pakistan berusia lingkungan 25 hingga 56 tahun untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua tangkapan termasuk 11 wanita itu membabitkan warga Tanzania, Nigeria, Uganda, Sierra Leone serta Pakistan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiga individu warga Nigeria turut disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Atipsom 2007.

Katanya, kesemua tangkapan dan mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan IPD Brickfields bagi siasatan lanjut.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori