Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Timbalan Menteri Luar Ketuai...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Marzuki Yahya akan memimpin delegasi Malaysia...

Jangan Cuba Buat Khianat...

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran...

Standard Chartered Lulus Cuti...

KUALA LUMPUR - Standard Chartered Bank Malaysia (Stanchart), hari ini mengumumkan pelaksanaan cuti...

Banjir: 4 PPS Dibuka...

IPOH - Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di daerah Larut...

Dua Lelaki Maut Kereta Rempuh Belakang Lori

KUANTAN: Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori yang berada di bahu jalan di Batu 8, Jalan Gambang-Kuantan di sini, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata dalam kemalangan pada kira-kira jam 10 malam itu, pemandu kereta Proton Waja, Zulkifli Mohamad, 43, dan penumpang hadapan, Mohd Hairul Azlin Samud, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika Zulkifli yang bekerja sebagai mekanik dan Mohd Hairul bekerja di kedai menjual alat ganti kenderaan terpakai, dalam perjalanan dari arah Gambang menghala Kuantan.


“Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah lori diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori