Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Akta Aksem Berkuat Kuasa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menetapkan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 (Akta 779)...

PPBM Nafi Pancing Wakil...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Audit: Perkhidmatan Pengurusan Loji...

KOTA KINABALU - Audit yang dijalankan ke atas loji rawatan air di Sabah...

Nicol, Wee Wern Mara...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan pemain nombor dua...

Felcra Nafi Dakwaan Jual Kilang

SHAH ALAM – Felcra Berhad menempelak dakwaan berhubung penjualan yang berlaku terhadap kilang di bawah kendali syarikat berkenaan kerana ia masih menjalankan operasi harian seperti biasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Idris Lasim berkata, sehingga kini pihak pengurusan mengesahkan tiada sebarang cadangan penjualan telah dikemukakan kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

“Felcra Berhad menjalankan operasi perkilangan dan kejuruteraan, termasuk pengoperasian kilang pemprosesan kelapa sawit.

“Terdapat lima kilang pemprosesan buah kelapa sawit yang beroperasi secara milikan penuh dan diuruskendalikan iaitu Kilang Sawit di Seberang Perak, Perak; Maran, Pahang; Sungai Melikai, Johor; Bukit Kepong, Johor dan Felcra Nasaruddin, Perak.

“Sehingga kini tiada sebarang penjualan yang berlaku terhadap kilang tersebut dan ia masih kekal beroperasi seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan, Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu’bard mendakwa Felcra dalam proses mewujudkan entiti baharu syarikat usahasama bagi memiliki kilang di bawah syarikat berkenaan.

Menurutnya, bahawa melalui syarikat usahasama itu, Felcra hanya pemegang minoriti dan syarikat pemegang majoriti yang akan membuat keputusan.


Tambah Chegubard, menerusi perjanjian tersebut, Felcra hanya dijanjikan RM1.5 juta setahun berbanding beberapa kilang sebelum ini yang mendatangkan keuntungan lebih jauh.

Sementara itu, Idris menegaskan, sebarang dakwaan di media sosial yang mengaitkan Pengerusinya Berhad, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub dengan penjualan kilang kepada mana-mana pihak adalah tidak benar.

“Felcra akan terus memberikan komitmen untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan bahawa kepentingan semua pihak terlibat sentiasa diutamakan demi memperkukuhkan kedudukan syarikat dalam industri pengilangan hasil agrikomodit.

“Selepas 27 tahun dikorporatkan, ia telah berjaya mengagihkan melebihi RM8.11 billion agihan keuntungan kepada hampir 107 ribu orang peserta di seluruh Malaysia.

“Selain itu, Felcra turut membangunkan tanah secara komersil serta menceburi bidang agromakanan,” ujarnya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori