Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kelantan Akui Peranan Kerajaan...

KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan hari ini mengakui peranan kerajaan pusat membangunkan negeri...

Pasangan Jarak Jauh Disatukan...

SESETENGAH daripada kita pasti mempunyai pengalaman hubungan jarak jauh di mana pasangan yang...

Ada 3 ‘Singa’ Kuasai...

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan...

PASMA Bukan Parti Ganti...

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi,...

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

KUALA LUMPUR : Seorang graduan yang baru menamatkan pengajian di universiti luar negara didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memandu kereta bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian dua pelajar kolej, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, lelaki itu, Lim Cong Li, 23, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil.

Mengikut pertuduhan, graduan jurusan Pengurusan Perniagaan dan Logistik itu didapati memandu kereta jenis Mercedes C200 di bawah pengaruh alkohol iaitu 114 miligram dalam 100 mililiter sehingga menyebabkan kematian dua lelaki iaitu S Dinesh Raj dan R Panthalaraasan yang kedua-duanya berusia 22 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Cheras dari arah Taman Midah menghala pusat bandar Kuala Lumpur pada jam 6.43 pagi, 10 Ogos lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 44(1) akta sama yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun, dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Shazwan Hasifi Shahrun memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Vincent Lawrence yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM5,000 atas alasan anak guamnya memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan.

“Sebelum ini anak guam sudah direman dan hadir ke mahkamah tanpa paksaan ini menunjukkan tiada niat untuk melarikan diri,” katanya.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Fatin Dayana membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan dan syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai dibicarakan dan menetapkan 21 Oktober ini untuk sebutan kes.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori