Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Geng ‘Pie’ Tumpas Di...

KOTA KINABALU – Geng “Pie”, yang melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar Kota...

Kelantan Umum Air Percuma...

DUN KELANTAN l Kerajaan negeri mengumumkan pengecualian bayaran bil air kepada pengguna di...

PM Bersyukur Rombakan Kabinet...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa...

SJKT Taman Keladi Dijangka...

SUNGAI PETANI - Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Keladi di sini...

‘Hubungan Malaysia-Brunei Berada Pada Tahap Terbaik’ – Anwar

Putrajaya : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei berada pada tahap terbaik ketika ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, lawatan rasmi Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia merupakan isyarat penting kepada negara bahawa seluruh pimpinan Brunei tekad untuk meningkatkan kerjasama dua hala.

“Kehadiran Putera Mahkota Brunei menunjukkan bahawa seluruh kekuatan dan kepimpinan Brunei bersama dan tekad meningkatkan kerjasama,” katanya kepada media selepas menjadi hos majlis makan tengah hari sempena kunjungan hormat Putera Mahkota Brunei, di sini, hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk memperkukuh hubungan dua hala antaranya bidang pertahanan, latihan, industri, teknologi, agama Islam, kebudayaan dan bahasa Melayu yang akan memberi manfaat dan peluang kepada rakyat di kedua-dua negara.

Menurut Anwar, beliau dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini telah mengadakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Brunei.

Pada 20 Julai lalu, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.


Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana pada jam 11.25 pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda bersama isteri, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah turut disambut isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Baginda dalam lawatan rasmi lima hari ke Malaysia bermula 17 hingga 21 Ogos ini.

Brunei merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota Asean pada 2023, dengan jumlah dagangan sebanyak AS$2.04 bilion (RM9.31 bilion).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori