Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Menteri Perpaduan Bidas Komen...

KUALA LUMPUR – Komen berunsur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain perseorangan wanita negara,...

Ramasamy Dakwa Artikel Diterjemah...

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy kecewa dengan...

Pemandu Grab Selamba ‘Bodohkan’...

BELUM lagi reda dengan isu membabitkan pemandu Grab yang ditahan kerana dipercayai merogol...

MH17: Tiga Jenazah Tiba...

PETALING JAYA - Tiga lagi jenazah mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 akan...

Hujan Lebat Bertembung Air Pasang Di Tawau

TAWAU : Hujan lebat bertembung dengan air pasang besar seawal jam 5 pagi tadi, menyebabkan beberapa kawasan di sini termasuk di pusat bandar ditenggelami banjir.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Antara kawasan terjejas ialah parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau dan sebahagian ruang niaga di Pasar Tanjung serta beberapa laluan utama termasuk Jalan Chester, Jalan Pelabuhan dan Jalan Dunlop.

Sementara itu, guru di Sekolah Kebangsaan SK Perdana, Abdullah Alif Dahlan memuat naik gambar dan video banjir kilat di kawasan sekolah, sebelum sesi pembelajaran bermula.

Katanya, air mula naik dengan cepat sehingga menyebabkan beberapa tempat rendah termasuk kawasan siar kaki bilik darjah di sekolahnya digenangi air.


“Sesi pembelajaran dapat diteruskan seperti biasa dengan pemantauan guru kelas masing-masing,’ katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Pusat Hidrografi Nasional menerusi kenyataan di laman rasminya meramalkan Air Pasang Besar berlaku hari ini sehingga Sabtu ini seperti Jadual Pasang Surut Malaysia 2024.

Menurut kenyataan itu, air pasang boleh menyebabkan limpahan air di daratan dan mungkin berlakunya banjir dan penduduk berhampiran pantai disaran agar lebih berwaspada.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori