Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Orang Asli Kuala Koh:...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyifatkan krisis kesihatan yang dihadapi masyarakat Orang Asli...

Demi Palestin, Fatah-Hamas Meterai...

KAHERAH - Pergerakan Hamas dan kumpulan Fatah yang sebelum ini bermusuhan akhirnya menandatangani...

Berjaya Beli Rumah Dengan...

MEMBELI kediaman sendiri memerlukan masa untuk mengumpul wang tetapi berbeza dengan wanita dari...

Syed Saddiq Ajar Cara...

SHAH ALAM : Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul...

Ibu Bapa Cuai, Biarkan Anak ‘Merempit’ Akan Disiasat

Shah Alam : Ibu bapa dua remaja lelaki berusia 13 tahun yang maut ketika berlumba dan melakukan aksi berbahaya di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini, Rabu lalu akan disiasat polis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dari pelbagai sudut dan tindakan akan diambil sekiranya berlaku kesalahan dari sudut pengabaian terhadap anak-anak.

Bagaimanapun katanya, dalam masa terdekat ini pihak polis memberi ruang kepada kedua ibu bapa remaja itu menguruskan jenazah anak masing-masing sebelum siasatan lanjut dilakukan.

“Pihak IPD Sungai Buloh memang dalam usaha menjalankan siasatan ke arah itu (siasatan terhadap ibu bapa) dan tidak akan sesekali memandang remeh setiap perkara yang terjadi.

“Siasatan sedang dijalankan ke atas ibu bapa remaja itu bermula dengan merakam keterangan mereka dan jiran terdekat.


“Sekiranya hasil siasatan mendapati berlakunya kesalahan dari sudut pengabaian kanak-kanak, polis tidak akan teragak-agak membuka siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) di bawah Akta Kanak Kanak 2001,” katanya semalam.

Pada masa sama Mohd Hafiz menegaskan usaha berterusan untuk mendidik masyarakat juga perlu dalam usaha memberi kesedaran kepada semua ibu bapa di luar sana.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 11.20 malam Rabu lalu, dua remaja berasal dari Kampung Kubu Gajah di sini, maut ketika berlumba.

Mohd Hafiz berkata, siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal itu bertembung di laluan bertentangan arah ketika melakukan aksi ‘wheelie’ dan akhirnya bertembung secara berdepan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori