Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kontraktor Binaan Maut Dihempap...

BESUT - Seorang kontraktor binaan maut akibat dihempap traktor dipandunya yang terbalik di...

Wee Choo Keong Pengerusi...

PEGUAM korporat merangkap bekas ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong kini bergelar...

Video: Jururawat Keji Seret...

New York – Kejamnya. Sakit hati melihat bagaimana seorang lelaki yang berusia 51...

Pendengar Wanita Jilat Punggung...

SEBUAH stesen radio di Chile tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran seorang...

Identiti Pemandu Rentung Dikenal Pasti

Teluk Intan : Identiti pemandu rentung dalam kereta terbakar di Kilometer 24 Jalan Teluk Intan-Bidor, dekat sini malam tadi, dikenal pasti sebagai A Mughilan, 28.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata hasil siasatan awal mendapati kereta Honda City dipandu lelaki terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di laluan bertentangan lalu terbalik dan terbakar dalam kejadian yang dilaporkan pada 11.30 malam.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya mengawal kebakaran selepas 30 minit tiba di lokasi, mangsa ditemui rentung dan mayat dihantar Hospital Teluk Intan.

“Pengecaman mayat dibuat di hospital jam 10 pagi tadi dan sebelum dituntut bapa mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan polis.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Inspektor Muhammad Syamil Abd Manan di talian 011-10065817 untuk membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan, seorang individu ditemukan rentung dalam sebuah kereta terbakar selepas terbabas ke dalam parit di Jalan Teluk Intan-Kuala Bikam, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.35 malam berhubung insiden itu yang membabitkan sebuah Honda City terbabas ke dalam parit.

“Kereta terbakar 98 peratus serta terdapat seorang mangsa rentung akibat kebakaran itu,” katanya menambah operasi tamat jam 12.16 tengah malam dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori