Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Judi Sabung Ayam: Polis...

ALOR SETAR - Polis menahan 76 lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan judi...

Ujian Air Mendidih Terhadap...

NAMPAKNYA ujian ketahanan impak jatuh dan rendaman air sudah terlalu biasa digunakan bagi menguji...

Australia Siasat Remajanya Jadi...

SYDNEY – Australia berusaha mengesahkan dakwaan kumpulan militan Islamic State (IS) bahawa seorang...

NIOSH Anjur Kursus Juruaudit...

SANDAKAN - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) buat julung kali menganjurkan...

Isu 3R: Polis Rakam Keterangan Muhyiddin Di MIDA Esok

KUALA LUMPUR – Polis akan merakam keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral di sini pada Selasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis akan merakam keterangan berhubung ucapan bekas Perdana Menteri itu yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

“Kita akan merakam keterangan beliau (Muhyiddin) pada jam 11 pagi di MIDA.

“Setakat ini, kita telah menerima 30 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.


Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di laman Facebook semalam, juga menzahirkan perasaan kecewa serta terkilan dengan kenyataan Muhyiddin dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori