Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

5 Lelaki Ditahan Bersama...

BESUT - Lima lelaki termasuk remaja berumur 15 tahun ditahan polis selepas menemukan...

Misi Ke India, Bangladesh...

NEW DELHI - Syarikat Malaysia yang menyertai dua misi promosi perdagangan ke Bangladesh...

Perjanjian China-AS Undang Risiko...

KUALA LUMPUR - Perjanjian perdagangan fasa pertama antara China dan Amerika Syarikat hari...

Raja Permaisuri Agong Cemar...

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menaiki bas...

Jenazah Rozaid Selamat Dikebumikan

PUTRAJAYA : Jenazah Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20, jam 10.50 pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Putra Heights, Subang Jaya untuk disembahyangkan oleh ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai dan tiba di tanah perkuburan jam 10.28 pagi.

Pengebumian Rozaid, 59, dalam keadaan cuaca tenang dan berangin turut dihadiri kira-kira 100 orang.

Selain ahli keluarga dan kenalan, turut kelihatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Rozaid dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya akibat serangan jantung. Wartawan veteran itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sejak 1 Julai dan dibenarkan keluar 6 Ogos lepas.

Beliau yang dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO pada 23 Mei 2023, berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama lebih 40 tahun.

Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh anak berusia 17 hingga 33 tahun.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori