Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Siasat Kes Lepaskan...

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai...

Perlis Tumpu Aspek Kebersihan...

ARAU - Kerajaan Negeri Perlis memberi tumpuan terhadap aspek kebersihan, keindahan dan keceriaan...

Ketepi Ideologi Politik, Duduk...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah mahu semua pihak termasuk pembangkang mengenepikan ideologi...

Arab Saudi Bersedia Beri...

MAKKAH - Kementerian Hal Ehwal Haji Arab Saudi dan semua agensi kerajaan di...

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat awam yang ketika ini ditetapkan antara 60 sehingga 90 hari.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz, berkata semakan itu perlu berikutan pindaan Akta Pekerjaan 1955 tahun lalu memperuntukkan 98 hari cuti kepada ibu bersalin.

Katanya, pindaan itu adalah satu langkah baik yang amat disokong oleh MMA.

“Malangnya, ia menyebabkan berlakunya ‘double standard’ antara sektor awam dan swasta seperti yang dilihat dalam kes ketika ini apabila penjawat awam mungkin mendapat 38 hari cuti bersalin lebih rendah daripada rakan sejawat mereka di sektor swasta.

MMA lahirkan kebimbangan berhubung cadangan pinda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

“Perlindungan bersalin adalah hak asasi manusia yang termaktub dalam Perkara 25 Deklarasi Hak Asasi Manusia dan amalan terbaik itu telah ditetapkan pada 98 hari (14 minggu),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelas beliau, penetapan itu bukan sahaja bermanfaat, tetapi tempoh yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu dan anak.


Ini kerana katanya, tempoh cuti bersalin yang lebih pendek menjejaskan masa pemulihan penting yang diperlukan oleh ibu baru dan menjejaskan tempoh ikatan awal yang kritikal antara ibu dan bayi yang merupakan asas kepada perkembangan kanak-kanak dan kesihatan mental ibu.

“Keputusan itu jelas tidak menghiraukan faedah standard cuti bersalin 98 hari yang termasuk pemulihan fizikal yang mencukupi selepas bersalin, sokongan untuk penyusuan yang berjaya dan pengurangan kemurungan selepas bersalin.

“Malah, dengan mengurangkan tempoh cuti itu bukan sahaja memberi tekanan yang tidak wajar kepada pegawai perubatan yang berdedikasi tetapi juga berpotensi memberi kesan kepada kualiti penjagaan yang boleh mereka sediakan apabila perlu kembali bekerja lebih awal,” katanya.

Sabtu lalu, media melaporkan Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin, berkata, keputusan meluluskan penetapan cuti bersalin selama 60 hari saja berikutan kekurangan pegawai perubatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat, telah dipersetujui oleh semua ketua klinik di daerah itu.

Bagaimanapun, semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata kementerian telah mengembalikan cuti bersalin selama 90 hari kepada pegawai perubatan terbabit dan menganggap isu berkenaan sudah selesai.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori