Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Ditahan Kes...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang jurutera sebuah syarikat...

Bangunan Baharu MITI Beri...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bangunan baharu...

Pemuda MIC Sokong Larang...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC menyokong tindakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melarang...

Import, Eksport November Dijangka...

KUALA LUMPUR - Jumlah import dan eksport Malaysia dijangka menguncup masing-masing 4.7 peratus...

Kalau Ikut Hati, Saya Saman Pan Gon – Hamidin

KUALA LUMPUR : Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan beliau boleh menyaman bekas pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon jika mahu berbuat demikian.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Hamidin bagaimanapun menjelaskan keputusan itu tidak diambil oleh beliau dan FAM kerana mengenang jasa pengendali dari Korea Selatan itu sepanjang lebih dua tahun membimbing Harimau Malaya.

Tanpa berselindung, beliau mengakui sedih dan kecewa dengan tindakan Pan Gon yang didakwa tidak menyatakan perkara sebenar dalam alasannya untuk meletakkan jawatan pada 16 Julai lalu hingga segelintir peminat menyalahkan FAM.

“Ya (FAM kenang jasa Pan Gon), walaupun hati ini pedih. Kalau ikut hati, saya tak tahan, beliau tamatkan saja kontrak, saya memang boleh saman beliau. Tetapi saya kenang jasa beliau juga.

“Hanya kekesalan saya, beliau patut berlaku jujur dengan saya dan FAM. Beliau (patut maklumkan) dapat tawaran, jadi kita boleh selesai cara baik. Peminat tidak boleh salahkan FAM, kami sudah buat yang terbaik untuk Pan Gon.

“Beliau dapat tawaran lebih baik, beliau nak pergi juga. Namun, atas dasar beliau pernah berjasa kepada FAM, kalau tidak saya memang akan hantar surat saman untuk beliau bayar balik (pampasan) setahun setengah.

“Kalau nak kata sedih, memang sedih kerana saya yang ambil beliau dengan sokongan Exco FAM. Mungkin peminat dekat luar sana tidak tahu. Kalau ikutkan dari segi profesional, kita boleh minta pampasan untuk setahun setengah.


“Kekecewaan saya hanya beliau tidak menyatakan kebenaran. Beliau sepatutnya terbuka dengan media dan dengan peminat semua supaya FAM tak jadi mangsa,” katanya.

Semalam, BH Sukan melaporkan sandiwara yang berlaku sebelum FAM bersetuju melepaskan Pan Gon dengan pengendali berusia 55 tahun itu pada awalnya memaklumkan keputusan berkenaan diambil kerana masalah keluarga.

Bagaimanapun, Pan Gon kemudian diumumkan sebagai pengendali baharu kelab Korea Selatan, Ulsan HD selepas 12 hari meninggalkan Harimau Malaya.

Paling menyedihkan apabila segelintir peminat menyalahkan FAM dan menjadikan isu pemergian Pan Gon sebagai antara alasan untuk mereka memboikot Pestabola Merdeka 2024, bulan depan.

Selain itu, Hamidin turut mendedahkan Pan Gon ada menghubunginya, namun beliau enggan menjawab kerana terlalu kecewa dengan tindakan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya itu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori