Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ibu Bapa Perlu Budayakan...

KENINGAU - Ibu bapa perlu membudayakan etika dan peraturan sihat dalam penggunaan gajet...

Pemandu Kereta Maut Dalam...

SRI AMAN - Seorang pemandu maut apabila kereta Toyota Spaco yang dipandunya melanggar...

Isu Jantina: Ada NGO...

SEKUMPULAN pertubuhan bukan kerajaan (NGO) biadab menyelar tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)...

PRK Tanjung Piai: Peluang...

KUALA LUMPUR - Keputusan membolehkan individu berusia 18 tahun bertanding dalam pilihan raya,...

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2 juta kepada mereka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Keluarga model warga Mongolia berkenaan menuntut jumlah tersebut susulan perintah mahkamah sivil pada 2022 yang memutuskan bahawa penganalisis politik itu dan tiga yang lain mesti membayar mereka RM5 juta dan dengan bayaran faedah.

Tiga yang lain itu adalah bekas komando polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar serta kerajaan persekutuan.

Menurut notis kebankrapan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4 Julai lalu, keluarga itu menuntut RM9,248,282.06 daripada Razak, yang menurut mereka termasuk faedah.

Peguam keluarga dari firma Karpal Singh & Co berhujah bahawa tiada penangguhan pelaksanaan diberikan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada mereka dua tahun lalu.

Pada 16 Dis 2022, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan empat pihak supaya membayar jumlah pampasan itu ditambah faedah selepas memutuskan bahawa dua bekas pegawai polis tersebut bersalah atas pembunuhan pada Oktober 2006. Razak juga didapati bertanggungjawab kerana dia menjadi pengantara kepada Azilah dan Sirul.


Dalam penghakimannya, Vazeer memutuskan bahawa jumlah RM5 juta adalah wajar kerana tuntutan keluarga itu untuk pampasan RM100 adalah “berlebihan dan tidak wajar”.

Bagaimanapun, jumlah yang perlu dibayar oleh setiap pihak tidak dinyatakan

Sementara itu, Razak turut memohon Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membatalkan notis kebankrapan itu.

Dalam pemfailan pada 15 Ogos, dia menegaskan bahawa keluarga itu sebenarnya mempertikaikan keputusan pampasan RM5 juta tersebut.

Menurutnya, ini berdasarkan rayuan berterusan keluarga berkenaan di Mahkamah Rayuan untuk ganti rugi yang lebih tinggi.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori