Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Perlu Pakai...

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling perkhidmatan berhubung dasar pemakaian pakaian batik...

Peremajaan UMNO: Mukhriz Atur...

KUALA LUMPUR - Umno Kedah merangka pelbagai inisiatif sebagai usaha meremajakan parti itu...

1.3 Peratus Anjing Di...

PUTRAJAYA - Sebanyak 1.3 peratus daripada kira-kira 300,000 anjing di Sarawak telah diberi...

Bapa Adun Rasuah, Tindakan...

PERMATANG PAUH - Tindakan harus dikenakan kepada mana-mana pihak yang bersalah berhubung dakwaan...

Kenaikan Gaji Selari Inisiatif Kesuma, Reformasi Pasaran Buruh Swasta

GUA MUSANG – Pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan semalam selari dengan inisiatif Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam memperkukuhkan dan mereformasi pasaran buruh swasta, dengan matlamat meningkatkan gaji pekerja secara progresif dan seiring dengan produktiviti negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, dengan kenaikan gaji penjawat awam ini, ia akan menjadi pelengkap kepada Dasar Gaji Progresif Negara dan dasar gaji sedia ada iaitu Dasar Gaji Minimum serta Sistem Upah yang dikaitkan dengan Productivity Linked-Wage System (PLWS).

“Perkara ini sebenarnya akan meningkatkan lagi produktiviti negara dalam usaha mencapai julat pendapatan rakyat Malaysia yang lebih seimbang.

“Saya percaya dengan pelarasan gaji penjawat awam ini, ia akan memberikan momentum kepada pihak swasta untuk mengikuti saranan kerajaan. Usaha ini selari dengan maklum balas yang diterima semasa libat urus dengan lebih 1,000 majikan dari pelbagai sektor sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Jeram Tekoh, di sini.


Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus untuk pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Pemberian pelarasan gaji itu akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori