KUALA LUMPUR: Belum ada sebarang perbincangan mengenai usaha membawa masuk lebih ramai rakyat Palestin yang tercedera untuk dirawat di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, kerajaan ketika ini memberi tumpuan untuk merawat kumpulan rakyat Palestin yang dibawa masuk ke Malaysia, baru-baru ini.
“Kita akan berbincang (syor membawa masuk lebih ramai pesakit warga Palestin untuk dirawat di negara ini) cuma sekarang ini ia masih terlalu awal.
“Kita juga akan berunding dengan Mesir (bagi tujuan berkenaan). Jadi kita tengok, kalau ada keperluan kita boleh bincang.
“Setakat ini kita nak rawat (kumpulan rakyat Palestin yang dibawa masuk ke Malaysia) sehingga mereka sembuh terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul
BHonline-