Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Suruhanjaya Islam-Kristian Beri Amaran...

RAMALLAH - Suruhanjaya Islam-Kristian yang menyokong Baitulmaqdis dan tempat-tempat suci memberi amaran kepada...

Kedutaan Malaysia Di Indonesia...

JAKARTA - Kira-kira 100 petugas dan ahli keluarga di Kedutaan Besar Malaysia di...

Cuba Mengundi, Wanita Positif...

JOHOR BAHRU: Seorang wanita dikompaun RM1,000 kerana hadir ke pusat mengundi dalam tempoh...

“Ia Bukan Cincin Tanda...

PELAKON cantik, Nelydia Senrose menafikan bahawa dia telah dirisik mahupun bertunang selepas dia...

Kertas Siasatan Kes Bekas Timbalan Menteri Di JPM Sudah Dibuka – Saifuddin

Kuala Nerus : Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pembabitan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya percaya polis akan melakukan siasatan secara profesional dalam kes berkenaan.

Justeru, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Aduan sudah dibuat, polis pun sudah buka ‘IP’ (kertas siasatan), jadi biar proses itu berjalan dulu.

“Sudah tentu pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang, jadi saya tak mahu menimbulkan sebarang spekulasi (dan) saya meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada profesionalism pada pasukan polis bila mereka sudah buka fail tentang perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Kampung Baru Pulau Redang di sini hari ini.


Sebelum ini, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan penglibatan seorang ahli politik tempatan dengan kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Setiausaha Agung MHO, Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata, dakwaan itu susulan tular satu video sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar yang diterbitkan di Indonesia mendakwa seorang ahli politik dan suaminya terbabit aktif dalam sindiket pemerdagangan manusia.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, jenayah rentas sempadan termasuk kes pemerdagangan manusia di negara-negara Asean menunjukkan trend peningkatan.

Katanya, Malaysia juga tidak terkecuali daripada isu sama dan negara Asean bersetuju mengambil langkah proaktif mengatasi isu berkenaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori