Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Anjur Maksak Asean...

IPOH - Malaysia akan menganjurkan kejohanan sukan perkhidmatan awam Asean yang pertama pada...

Laksana Inisiatif Tarik Umat...

KANGAR - Raja Perlis Tuanku, Syed Sirajuddin Putra Jamalullail meminta jawatankuasa pengurusan masjid...

Budak 7 Tahun Ketagih...

BARU berusia tujuh tahun, siapa sangka seorang kanak-kanak Dhyan Awal, yang berasal dari Jawa...

Tonto Sindiket ‘Sial’ –...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu tonto yang mengakibatkan kematian...

Kes Pecah Cermin Kereta: Gelandangan Direman Tiga Hari

Kuala Lumpur : Seorang lelaki gelandangan direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes memecahkan cermin kereta di Stesen Monorel Jalan Imbi, di sini kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemangku Ketua Polis Dang Wangi, Superitendan Nuzulan Mohd Din berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak mengalami masalah mental.

“Bagaimanapun suspek akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan lanjut masih berjalan dan suspek direman tiga hari bermula hari ini hingga lusa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki membaling batu ke arah cermin sebuah kenderaan sehingga pecah.


Sebelum itu, seorang pemilik akaun Facebook ‘Hui Min Chia’ menerusi hantaran mendakwa cermin bahagian belakang kereta milik teman lelakinya pecah selepas dipercayai dibaling batu oleh seorang lelaki tidak dikenali dari jejantas sebuah stesen monorel di Jalan Imbi, di sini.

Menurutnya, kejadian berlaku antara jam 12.30 hingga 1.30 tengah hari semasa dia dan teman lelakinya yang menaiki kereta jenis Honda Insight melalui laluan itu dan terkejut mendengar dentuman kuat dari bahagian belakang.

Susulan itu, lelaki berusia 55 tahun terbabit ditahan polis, 5.30 petang semalam berdekatan stesen monorel terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori