Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penjaga Parkir Dipenjara Setahun...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri kereta milik ahli perniagaan, seorang penjaga parkir dijatuhi...

Dewan Rakyat ‘Panas’ Kerana...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini panas dengan tindakan terhadap Datuk...

Muhyiddin Terima Kunjungan Setiausaha...

PUTRAJAYA - Setiausaha Hong Kong bagi Pendidikan (SED) Eddie Ng Hak-kim hari ini...

Tiada Penglibatan China Isu...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan penglibatan China dalam pertikaian pembayaran...

Kes Soosaimanicckam: Polis Sedia Buka Semula Siasatan

Ipoh : Polis sedia membuka semula siasatan kes kematian pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), J Soosaimanicckam, enam tahun lalu mengikut Seksyen 302 iaitu membunuh.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata bagaimanapun pihaknya perlu menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) sebelum sebarang tindakan susulan diambil bagi membuka semula siasatan kes itu.

Azizi berkata, pihaknya maklum mengenai memorandum yang diserahkan ahli keluarga mendiang Soosaimanicckam bersama 29 badan bukan kerajaan (NGO) yang memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula siasatan kes itu.

“Kita akan jalankan siasatan, kita akan tunggu arahan daripada DPP (TPR). Kes ini sudah dirujuk ke Mahkamah Tinggi dan kita tahu bahawa memorandum sudah pun dihantar, dan kita akan tengok balik kertas siasatan kita itu selepas mendapat arahan DPP.

“Kalau dapat arahan daripada DPP kita akan buka balik kertas siasatan itu dan mengklasifikasikan kes itu di bawah yang sepatutnya iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.


Azizi ditanya reaksi terhadap laporan media pada semalam mengenai tuntutan melalui memorandum yang dihantar 29 NGO diketuai Lawyers For Liberty (LFL) bersama waris mendiang di ibu kota yang menuntut PDRM membuka semula siasatan kes itu.

Tuntutan itu dilapor diserahkan kepada pegawai PDRM di Bukit Aman susulan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 29 Julai lalu yang mengklasifikasikan kematian pegawai itu sewaktu menjalani latihan pegawai kadet di Lumut pada 19 Mei 2018 sebagai kes homisid.

Menurut laporan itu juga, satu laporan polis dibuat bagi pihak keluarga mendiang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor berhubung keputusan itu namun setakat semalam tiada respon daripada PDRM.

Soosaimanicckam meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Lumut, Perak pada usia 27 tahun semasa menjalani latihan di KD Sultan Idris, Lumut pada 19 Mei 2018.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori