Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Trend Kongsi Cerita ‘Hantaran...

"TIADA pelamin indah, tiada jurugambar, tiada kompang bertalu-talu, tiada jamuan makan mewah, tiada...

Singa Dan Naga Terpaksa...

KUCHING - Kumpulan penari tarian naga dan singa terpaksa berehat dan bakal kehilangan...

Warna Putih Paling Popular...

WASHINGTON DC - Warna meskipun dianggap cukup remeh, sebenarnya masih lagi menjadi salah...

Niat Suarakan Pandangan Mestilah...

ALOR SETAR - Anggota UMNO yang mahu menyuarakan sesuatu pandangan tentang parti mestilah...

K’jaan Batal Perintah Larangan Penerbitan Komik BRI Superman Hew

Perintah Larangan terhadap penerbitan komik kontroversi Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama (BRI) tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau yang sebelum ini diwartakan pada 2019 telah dibatalkan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, yang bertarikh 6 Ogos.

Berdasarkan warta itu, pembatalan perintah larangan itu membabitkan penerbitan komik itu dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris yang bertajuk ‘Belt and Road Initiative for Win-Winism’ dan bahasa Cina.

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), menteri membatalkan Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 3) 2019 (P.U. (A) 288/2019) yang telah disiarkan dalam Warta pada 23Oktober 2019 yang melarang pencetakan, pengimportan,penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan yang dinyatakan dalam Jadual,” petik Warta Kerajaan Persekutuan itu.

Perintah Larangan itu sebelum ini dibuat KDN mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Dakwaan kerajaan ketika itu adalah komik BRI itu mempunyai kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.


Antara lain, ia dikatakan cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta salah dan mengelirukan mengenai komunis serta mengandungi unsur membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.

Perintah melalui Warta Kerajaan PU(A) 288/2019 itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini dilarang secara mutlak di Malaysia.

Walau bagaimanapun, pada 26 Julai lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa buku komik BRI tidak mengandungi bahan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Malah, menurut keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang bersidang, tiada kejadian tidak diingini berlaku di Malaysia dalam tempoh enam bulan sebelum KDN mengharamkan buku tersebut.

Pada 8 Disember 2022, media melaporkan kerajaan persekutuan gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan semula larangan ke atas penerbitan komik berkenaan.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori