Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Makan Nasi Boleh Turunkan...

SERING dikaitkan sebagai musuh utama pesakit kencing manis, satu kajian membuktaikan makan nasi...

Peneroka Maut, Van Bertembung...

KOTA TINGGI - Hasrat seorang peneroka untuk menunaikan umrah Februari ini tidak kesampaian...

Peneroka Felda Perlu Beri...

KUALA NERUS - Warga peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara...

Kerajaan Kaji Buka 30%...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji antara lain untuk membuka monopoli Padiberas Nasional...

K’jaan Janji Serah Laporan Sulit Pada Keluarga Pastor Koh Sebelum 13 Sept

Kerajaan berjanji untuk menyerahkan laporan sulit mengenai kehilangan Pastor Raymond Koh kepada keluarganya selewat-lewatnya sebelum 13 Sept.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam kanan persekutuan Nurul Farhana Khalid memberitahu mahkamah sivil bahawa kerajaan memerlukan masa untuk mematuhi perintah itu.

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi tempoh tiga hari kepada pihak berkuasa untuk menyerahkan laporan Pasukan Petugas Khas (STF) kepada isteri Koh, Susanna Liew.

Liew memohon laporan sulit itu untuk mengukuhkan kes samannya bagi memaksa pihak berkuasa mendedahkan lokasi Koh, yang hilang pada 13 Feb 2017.

Kerajaan hari ini berusaha untuk menangguhkan perintah mahkamah supaya mereka boleh menjalani proses yang panjang untuk menyahklasifikasi laporan sulit itu.


Menurut Nurul, laporan itu diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

STF ditubuhkan di bawah Kementerian Dalam Negeri pada 2020, dan penyahklasifikasian laporan itu memerlukan tandatangan menterinya Saifuddin Nasution Ismail.

Peguam Liew, Jerald Gomez membantah permohonan penangguhan kerajaan.

Bagaimanapun, dia berkata, bahawa keluarga itu tidak akan memfailkan sebarang tindakan menghina ke atas kerajaan jika laporan itu didedahkan selewat-lewatnya pada 13 Sept.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori