Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Seorang Maut, 3 Cedera...

GEORGETOWN - Seorang penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan...

Royalti Minyak: Perbincangan Berlansung...

KOTA KINABALU - Perbincangan berkaitan royalti minyak antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan...

Permohonan Perujukan 4 Individu...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan permohonan perujukan oleh empat individu...

Mayat Wanita Lengkap Berpakaian...

SITIAWAN - Seorang wanita lengkap berpakaian dan masih lagi memakai topi keledar ditemukan...

KKM Nafi Remaja Menyamar Doktor Rawat Pesakit

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja 14 tahun yang menceroboh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur kepada pesakit ketika penyamaran.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, sebaliknya remaja perempuan yang menyamar sebagai doktor itu didapati bergerak di dalam fasiliti hospital.

“Dia tidak mempunyai kemahiran dan penyamar itu memang bergerak ke sana sini dalam fasiliti,” katanya ketika ditemui media selepas taklimat media berkaitan kesihatan mental dan pelaporan media selamat serta bertanggungjawab di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan remaja terbabit melakukan prosedur kesihatan kepada pesakit.

Remaja berkenaan yang kini berada dalam tahanan reman telah ditahan di lobi hospital jam 9 pagi ketika cuba mendaftar di kaunter dengan menggunakan identiti palsu, minggu lalu.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Lukanisman berkata, kebocoran siling di luar bangunan kecemasan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Miri telah diselesaikan.


Ujarnya, hospital berkenaan masih di dalam tempoh liability kecacatan (DLD) dan dibaik pulih oleh kontraktor.

“Hospital ini belum beroperasi sepenuhnya dan ia hanya melibatkan bahagian luar jabatan kecemasan.

“Bahagian dalam di setiap lapan tingkat tidak mempunyai sebarang kerosakan,” katanya.

Kejadian kebocoran siling di luar bangunan kecemasan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Miri Ahad lalu berpunca daripada kegagalan sambungan paip buangan air.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, situasi itu menyebabkan paip tidak mampu menampung jumlah air yang banyak akibat hujan lebat.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori