Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 250,000 Set Dekoder...

KOTA KINABALU - Lebih 250,000 set dekoder diperuntukkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd secara...

Operasi SAR Nahas Helikopter...

SEBUYAU (Sarawak) - Tumpuan pencarian kini beralih ke kawasan hulu Sungai Batang Lupar...

Hidup Wanita Jepun Ini...

ANDA mungkin tidak menyangka, hidup seseorang itu boleh berubah berkat daripada rezeki belon....

‘Hentikan Adu Domba Hubungan...

KUALA TERENGGANU - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menolak...

Komander Hizbullah Fuad Shukr Terkorban Dalam Serangan Israel

GLOBAL l Kumpulan Hizbullah Lubnan mengesahkan bahawa komander kanannya, Fuad Shukr terbunuh dalam serangan Israel di pinggir Beirut, menjadikannya tokoh paling kanan daripada kumpulan itu yang terbunuh dalam konflik hampir 10 bulan dengan Israel.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Reuters, serangan ke atas pinggir selatan ibu negeri Lubnan itu yang juga adalah kubu kuat Hizbullah, dilakukan pada waktu senja Selasa.

Ia adalah kali kedua kawasan itu diserang sejak Oktober, apabila Hizbullah dan Israel mula berbalas tembakan semasa Perang Gaza.

Tentera Israel pada lewat Selasa mengumumkan bahawa ia telah membunuh Shukr, yang dinamakan sebagai komander paling kanan Hizbullah dan dipertanggungjawabkan berhubung serangan pada 27 Julai lalu yang mengakibatkan puluhan anak muda terbunuh di Dataran Tinggi Golan yang diduduki Israel.

Bagaimanapun, Kumpulan Hizbullah yang disokong oleh Iran menafikan sebarang penglibatan dalam serangan Golan.

Serangan di Beirut berlaku beberapa jam sebelum pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu di Iran.

Perkembangan itu mencetuskan kebimbangan serantau bahawa perang Gaza akan menjadi lebih meluas. Hizbullah adalah sekutu Hamas.


Sementara itu, AFP melaporkan Fuad akan dikebumikan hari ini dan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah akan berucap di pengebumiannya untuk menggariskan kedudukan pergerakan itu.

“Fuad mati syahid dalam perjalanan ke Baitulmaqdis”, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Selasa lalu, serangan ke atas pinggir bandar Beirut, membunuh lima orang awam termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak serta mencederakan puluhan lain.

Agensi berita IRNA Iran pula melaporkan Penasihat Tentera Iran, Milad Bidi turut meninggal dunia.

Ia memetik jurucakap hal ehwal luar Iran, Nasser Kanani sebagai berkata, serangan di Beirut adalah ‘tindakan jenayah’ yang patut mendapat kecaman hebat daripada komuniti antarabangsa.

“Israel hanya menambah kebencian global… terhadap diri sendiri dan menggali kuburnya sendiri,” tambahnya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori