Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kit Siang Berang `Netizen’...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang berang dengan pelbagai kritikan dan...

Pegawai Polis Ditukar Jika...

ALOR SETAR - Polis Kedah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya...

Farhash Dibebaskan Dengan Jaminan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang ditahan...

Lalai Dengan Muzik, Blogger...

NAMA seorang blogger tempatan kini sedang terpalit dengan kontroversi aksi tarian mengghairahkan sekumpulan...

Latihan Kelawar Tingkat Kesiagaan Taktikal TUDM, Paskau

Kuala Lumpur : Sebanyak 25 penerbangan malam atau “sortie” berjaya dilaksanakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi Latihan Kelawar siri 15/24 di sekitar Tawau, Sabah yang berakhir kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

TUDM menerusi Facebook berkata, ia latihan sembilan hari itu membabitkan pelbagai agensi dan pasukan termasuk unit elit Pasukan Khas TUDM (Paskau).

“Sebanyak 25 sortie dengan 41.4 jam penerbangan dilaksanakan oleh tiga pesawat EC725AP sepanjang berlangsungnya latihan tersebut dari 1 hingga 9 Ogos.

“Latihan ini juga melibatkan kawasan Daerah Tawau, Semporna dan Lahad Datu serta berpusat di Pusat Bantuan Operasi TUDM (PBOU),” katanya.

Latihan berkenaan turut berjaya mencapai objektif iaitu memperkasakan keupuayaan anak kapal pesawat EC725AP dan anggota Paskau dalam taktik operasi waktu malam.

Katanya, ia juga dapat meningkatkan tahap kesiagaan setiap anggota beroperasi daripada Pangkalan Udara Berkala Lahad Datu, Sabah.

“Latihan ini juga akan meningkatkan keupayaan komunikasi di kawasan operasi di Pantai Timur Sabah yang dikawal selia oleh TUDM.


“Kelawar Siri 15/24 merupakan latihan penerbangan helikopter EC725AP pada waktu malam membabitkan pelbagai jenis operasi antaranya mencari dan menyelamat tempur (CSAR).

“Selain itu latihan turut memfokuskan kepada

aerial broadcast and sniping, military freefall (terjun payung bebas), military counter-terrorism mission (MCTM), roll duck dan airtep,” katanya.

Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2), Brigadier Jeneral Rozainy Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie ketika berucap pada upacara penutup sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dari setiap agensi terlibat.

Antara agensi lain yang terbabit termasuk Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2), Eastern Sabah Security Command (ESSCOM),Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), dan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori