Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Terima Menghadap...

JOHOR BAHRU : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan ke...

Lelaki Ini Ubah ‘Kereta...

Siapa kata pergi melancong ke luar negara memerlukan bajet yang besar?Seorang pemuda dari...

Industri Ikan Sangkar: LGE...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa cuba mengelirukan...

PAN Parti Islam Lebih...

KUALA LUMPUR - PAS tidak seperti Parti Amanah Negara (PAN) yang mahu menyempurnakan...

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu Bahagian Jeli mengumumkan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta dan beralih sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Kedai Kuala Balah Rodzi Muhamad berkata keputusan itu, yang membabitkan lapan cawangan dan 18 cawangan Srikandi Bersatu di Bahagian Jeli, turut menyaksikan parti itu dibubarkan hari ini.

Katanya kesemua pimpinan dan ahli Bersatu cawangan itu juga meletak jawatan dan keputusan keluar parti dibuat secara sukarela tanpa paksaan dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata tindakan untuk keluar parti disebabkan keyakinan terhadap Bersatu sudah terhakis dan parti tersebut dianggap bukan parti dominan orang Melayu yang boleh memperjuangkan nasib bangsa itu.


“Bersatu dilihat begitu lemah dalam percaturan politik, dan ini jelas terlihat dalam pemilihan calon Pilihan Raya Kecil Nenggiri,” katanya pada sidang media di Jeli, hari ini.

Rodzi berkata pada masa ini, beliau bersama pimpinan dan bekas ahli Bersatu itu tidak menyokong mana-mana parti dan memilih untuk bergerak bebas.

“….kami melihat Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar lebih berkarisma dan kami yakin PMX (Anwar) boleh memacu negara ke tahap lebih baik demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat Jeli,” katanya.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori