Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana...

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

Anjing Dari Luar Negara...

MARANG - Anjing dari luar negara dipercayai antara punca penyebaran Rabies atau penyakit...

APM Perlis Minta Penduduk...

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis meminta penduduk mematuhi arahan berpindah...

Nationwide Golden Gloves; ‘It’s...

Essays are a type of valuation. Writing a discursive composition, you'd need to...

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

Petaling Jaya : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dengan penahanan lima lelaki warga Bangladesh dalam Operasi Khas, di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi bermula jam 9.05 pagi itu membabitkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

“Berdasarkan maklumat awam dan risikan dijalankan selama dua minggu, kami menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 23 tahun yang disyaki sebagai dalang utama sindiket berkenaan.

“Hasil soal siasat dilakukan, pasukan operasi membuat serbuan di sebuah kediaman dan berjaya menahan empat lagi lelaki warga Bangladesh berusia antara 21 hingga 34 tahun dipercayai sebagai pembantu kepada dalang utama atau pembantu sindiket,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semakan awal dilakukan mendapati dalang utama itu tinggal lebih masa, manakala empat lagi suspek tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas sah.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, kami merampas 26 pasport Bangladesh, dua pasport Indonesia, satu pasport Myanmar, sebuah komputer riba, sebuah pencetak dan resit pembayaran secara dalam talian.

“Modus operandi sindiket itu adalah menawarkan perkhidmatan kepada warga asing yang tidak memiliki pasport untuk mendapatkan dokumen Fomema Sdn Bhd (Fomema).

“Sindiket akan menggunakan khidmat pembantu sindiket dengan bayaran RM100 untuk setiap pasport bagi tujuan mendapatkan dokumen berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pembantu sindiket akan hadir ke Klinik Panel Fomema untuk memohon menggunakan maklumat pada pasport disyaki palsu.

“Semua pembantu sindiket hadir sebanyak 19 kali di Klinik Panel Fomema berlainan dan ditentukan oleh dalang utama.


“Sindiket ini menggunakan aplikasi WhatsApp untuk mempromosikan perkhidmatan mereka.

“Kadar bayaran dikenakan adalah sebanyak RM500 untuk setiap perkhidmatan dan penghantaran akan dilakukan menggunakan perkhidmatan kurier atau serahan tangan,” katanya.

Menurutnya, sindiket itu dipercayai sudah beroperasi sejak empat bulan bulan lalu.

“Dalang utama iaitu seorang lelaki warga Bangladesh ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12(1)(a) Akta Pasport 1966 dan Seksyen 12(1)(f) akta sama.

“Empat lagi lelaki warga Bangladesh yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan Sek.12(1)(a) Akta Pasport 1966,” katanya.

Katanya, semua warga asing ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.

“Seorang lelaki tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

“Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966,Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang danPenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori