Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Rawatan Canggih Berupaya Panjangkan...

PELBAGAI usaha diteruskan pelbagai pihak dalam dunia perubatan sebagai ikhtiar terbaik mengurangkan kadar...

Penggunaan Paxlovid Rawat COVID-19...

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemberian ubat bagi rawatan COVID-19, Paxlovid keluaran...

Fiji Ingin Kerjasama Sektor...

KUALA LUMPUR - Duta Khas kepada Perdana Menteri Fiji, Sir Ratu Epeli Nailatikau...

Dakwaan PH Selesai 17...

KOTA KINABALU - Dakwaan yang mengatakan 17 daripada 21 tuntutan Sabah berkaitan Perjanjian...

Lesen Media Sosial: Perlu Ada Peraturan Jelas, Telus – PIKOM

KUALA LUMPUR : Kerajaan diminta mengeluarkan peraturan yang jelas membabitkan rangka kerja pelesenan bagi perkhidmatan media sosial dan pesanan internet bagi memastikan ekosistem digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Persatuan Teknologi Nasional Malaysia (PIKOM), Ong Chin Seong, berkata apa yang penting, proses pendaftaran bagi perkhidmatan yang memiliki sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia itu tidak menghalang pengalaman pengguna atau menjejaskan inovasi dalam industri.

“Tujuan pendaftaran ini harus diperjelaskan untuk memastikan perniagaan dan pengguna memahami tanggungjawab mereka.

“Ia juga adalah untuk memastikan pihak berkepentingan dapat terus menyediakan penyelesaian inovatif kepada pengguna tanpa beban yang tidak wajar.

“Pada masa yang sama, ia tidak seharusnya digunakan untuk menghalang kebebasan bersuara dan ekspresi yang sah,” katanya kepada BH.

Sabtu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah pengenalan Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang akan dikuatkuasa 1 Januari depan adalah Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet mesti mematuhi undang-undang Malaysia.

Pengenalan pelesenan itu akan dilaksanakan selepas satu kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan pesanan internet diperkenal esok.


SKMM menjelaskan, kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil di bawah Akta 588.

Sebelum ini, platform-platform terbabit sudah dikecualikan daripada keperluan pelesenan berdasarkan Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pengecualian) 2000.

SKMM berkata, kerangka kawal selia baharu itu hanya terpakai kepada platform yang menepati syarat kelayakan pelesenan dan tidak membabitkan pengguna di mana langkah itu bakal mewujudkan ekosistem dalam talian lebih selamat serta pengalaman lebih baik untuk pengguna terutama buat kanak-kanak dan seisi keluarga.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, kementerian dan agensi di bawahnya akan menetapkan syarat untuk melesenkan pengoperasian media sosial, memandangkan ketika ini platform terbuka itu beroperasi di negara ini secara tidak berdaftar.

Satu kajian serta penelitian turut dijalankan Kementerian Komunikasi menerusi MCMC tahun lalu bagi menjayakan usaha daftar dan pelesenan ini, termasuk kepada penyedia platform besar seperti Google, Meta dan TikTok.

Penelitian atau kajian itu merangkumi pelbagai perkara termasuk implikasi daripada sudut dasar terhadap perkhidmatan, aspek pelaburan dan perdagangan, kaedah percukaian serta aspek keselamatan pengguna di Malaysia.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori