ABUJA – Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban selepas sebuah bot kayu meletup di perairan Bayelsa, selatan Nigeria, menurut polis pada Khamis.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Bot yang membawa 64 penumpang dan kru itu dilaporkan terbakar ketika berada di sepanjang perairan luar bandar Ezetu 1 pada Rabu, kata jurucakap polis di Bayelsa, Musa Mohammed.
Mohammed memaklumkan setakat ini 20 mayat ditemukan selepas operasi menyelamat dilancarkan pada Rabu, lapor Xinhua.
Bot yang turut membawa hasil pertanian dari komuniti luar bandar Ezetu 1, dilaporkan dalam perjalanan menuju ke pasar tempatan di Yenagoa, Bayelsa.
Siasatan berhubung punca kejadian telah dijalankan.
-Bernama/Xinhua