Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Imigresen Nafi Pemeriksaan Ke...

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia tidak melakukan pemeriksaan ke atas Tun Dr. Mahathir...

Sultan Nazrin Hadiri Persembahan...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menghadiri acara persembahan The...

Suee Lim Dari DAP...

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dilantik sebagai Speaker Dewan...

BN Bersedia Jika Pilihan...

SEMPORNA - Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata UMNO dan...

Lima Ditahan Kes Rasuah Kontrak Bersih Kapal Tangki

Kuala Lumpur : Lima lelaki ditahan berhubung dakwaan rasuah membabitkan kontrak pembersihan kapal tangki bernilai RM15.3 juta, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut sumber, mereka terdiri daripada seorang pengurus anak syarikat minyak dan gas, dua bekas kakitangan syarikat terbabit dan dua kontraktor.

“Kesemua suspek disyaki terlibat rasuah bagi mendapatkan kontrak pembersihan kapal tangki terbabit.

“Mereka ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya kira-kira 8 malam semalam,” katanya.


Menurutnya, pengurus anak syarikat dan bekas kakitangannya direman lima hari, manakala suspek lain direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan dan kesemua individu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori