Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Elak Pembaziran, Hotel Guna...

SEBUAH hotel mewah di Switzerland, Hotel Monopol mengambil langkah mempamerkan foto-foto mangsa kebuluran...

PDRM Siap Siaga Hadapi...

KUALA LUMPUR - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam...

PAS Mungkin Ambil Tindakan...

KOTA BAHARU - PAS tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap Anggota Dewan Undangan...

Pasar Raya Wajib Kekalkan...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan memastikan semua pasar raya terus mengekalkan prosedur operasi standard...

Menteri Luar Brazil Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia

PUTRAJAYA – Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini, menandakan lawatan pertama beliau ke negara ini sebagai Menteri Luar sejak menyandang jawatan itu pada 1 Januari tahun lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan semasa lawatannya, Vieira akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Kedua-dua Menteri Luar dijangka membincangkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara, termasuk perdagangan dan pelaburan, industri halal, serta hubungan antara rakyat kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua menteri juga akan bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.


Kementerian Luar berkata, Vieira juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kementerian itu, Brazil merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin. Pada 2023, Malaysia dan Brazil mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM17.46 bilion, iaitu peningkatan sebanyak empat peratus berbanding RM16.86 bilion yang dicatatkan pada 2022.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori