Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KAFA Disaran Henti Budaya...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dinasiharkan supaya berhenti menunding jari...

Remaja Lemas Terjatuh Ke...

SETIU - Seorang remaja perempuan lemas selepas terjatuh ke dalam telaga di Kampung...

Wak Doyok Beri Komen...

KALAU dah namanya selebriti terkenal, pasti apa sahaja yang dilakukan mendapat tumpuan orang...

Lelaki Lari Dari Pengutip...

China – Meskipun terjatuh dari tingkat 16, seorang lelaki yang melarikan diri daripada...

Meta Dipanggil Ke Pejabat Perdana Menteri Jawab Isu Sekatan

SHAH ALAM – Penyedia platform, Meta dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada Isnin dipercayai untuk memberi penjelasan berkait tindakan menyekat beberapa hantaran yang dimuat naik melalui akaun rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan, hantaran mengenai ucapan takziah di atas kematian pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh yang dibuat di akaun Facebook dan Instagram Anwar telah disekat Meta kerana didakwa bertentangan dengan piawaian komuniti platform terbabit, selain berkaitan individu dan organisasi berbahaya.

Sekatan sama juga dikatakan turut berlaku terhadap siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin di dianjurkan di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Pada 1 Ogos lalu, Anwar menyatakan Meta sekali lagi bertindak biadab dan telah menghina perjuangan rakyat Palestin apabila menurunkan hantaran video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Almarhum Ismail Haniyeh.


Beliau menjelaskan, adalah tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.

Anwar juga memberikan peringatan tegas terhadap Meta supaya tidak jadi bacul dan perkakas rejim zalim zionis Israel.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori