Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelancong Tersangkut Di Pokok...

SUASANA di Batu Ferringhi dekat George Town, pada Isnin menjadi cemas apabila dua...

Tentera Bunuh 10 Pemberontak...

MANILA - Tentera Filipina bertempur dengan pemberontak komunis berhampiran bandar General Nakar menyebabkan...

Denda Buat Pejalan Kaki...

IBU negeri Hawaii, Honolulu meluluskan undang-undang melarang pejalan kaki melintas jalan sambil melihat...

Misteri Barat Masih Anggap...

LONDON - Secara tidak sedar, insiden serangan berdarah terburuk oleh kumpulan pengganas di...

Muhyiddin Tiba Di MIDA Bagi Dirakam Percakapan

Kuala Lumpur : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini, kira-kira 10.30 pagi bagi dirakam keterangan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Turut dilihat hadir timbalannya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilaporkan akan dirakam keterangan oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (Raja, agama dan kaum).

Kira-kira 30 pengamal media menunggu di lobi bangunan berkenaan sejak 10 pagi.

Terdahulu, media melaporkan proses rakaman percakapan Muhyiddin yang sepatutnya berlangsung semalam ditangguhkan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, rakaman percakapan Muhyiddin akan dilakukan pada 11 pagi hari ini.

Setakat kelmarin, sebanyak 29 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak berhubung isu itu.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori