Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tak Terburu-Buru Ganti Kumar,...

PETALING JAYA – Ketua jurulatih pasukan hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen tidak...

Exco Rogol Pembantu Rumah,...

IPOH - DAP Perak menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap seorang...

Lebih 83,000 Rumah MyBNHome,...

KUALA LUMPUR – Penyediaan rumah mampu milik terus mendapat perhatian kerajaan yang menyaksikan...

Lebih 1.2 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Seramai 474,213 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin, dalam...

Operasi Cari Mangsa Tanah Jerlus Di Masjid India Masuk Hari Ketiga

KUALA LUMPUR: Operasi mencari mangsa tanah jerlus di Masjid India, di sini, yang masuk hari ketiga dimulakan semula pagi ini selepas ditangguhkan malam tadi selepas pencarian di dalam enam lurang kumbahan tidak membuahkan hasil.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang ditangguhkan jam 7 malam semalam disambung semula kira-kira 9.30 pagi dengan operasi pencarian ditumpukan di lurang kedua di Jalan Melayu dan ketiga kumbahan di persimpangan Jalan Melayu.

Operasi SAR membabitkan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Indah Water Konsortium.

Semalam, enam lurang kumbahan sekitar lokasi SAR di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India di sini, dibuka secara berperingkat setelah usaha mencari mangsa di kawasan dilaporkan mangsa menemui jalan buntu.

Dalam pada itu, tinjauan BH di lokasi mendapati ahli keluarga mangsa berada di lokasi seawal jam 8 pagi dan anak lelaki mangsa yang dikenali sebagai Surya, 26, diberikan penerangan berhubung operasi hari ini.

Tinjauan turut mendapati kebanyakkan premis perniagaan berhampiran tempat kejadian masih menutup operasi masing-masing walaupun tiada lagi pita kuning polis dipasang.


Semalam, operasi pencarian mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, memfokuskan enam lurang kumbahan (manhole).

Enam lurang kumbahan itu adalah di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian berhampiran Lebuh Pasar dan Jalan Kinabalu.

Dalam kejadian jam 8.25 pagi kelmarin, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Laporan kejadian itu diterima Bomba Kuala Lumpur pada jam 8.22 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori